Lemah di Dalam Perjuangan?

Lemah di Dalam Perjuangan?

Masih terngiang-ngiang di telinga Nur akan pesanan bapa saudaranya,

”Belajar di Mesir tu dah paling senang dah compared to tempat lain”.

Nur hanya diam membisu memikirkan kepayahan yang harus ditempuhinya bagi meraih ilmu kecil didunia ini.Nur mengerti, knowledge is not like everythin else of value, not to be obtained easily.

Helaian buku Parasit ditenungnya dalam-dalam.’Aih!!Membaca tanpa memahami adalah sia-sia belaka’, monolog Nur sendirian. Doktor yang baik adalah doktor yang mampu berfikiran kreatif di saat-saat kecemasan.Lantas Nur berpaling ke arah rak bukunya.Dicapainya buku Case Files.

Selesai membelek hampir kesemua kes-kes yang biasa berlaku, barulah timbul sedikit sebanyak kesedaran untuk membaca buku-buku basic.Cara pembelajaran berdasarkanProblem Based Learning merupakan antara kaedah yang efektif dan berkesan dalam bidang perubatan. Kebiasaaannya pelajar akan lebih terdedah pada realiti kes-kes yang bakal dihadapi kelak.

Namun, kerapkali pelajar perubatan ini kehilangan semangat mereka hari demi hari.Umpama kayu rapuh  yang sedang dimamah oleh anai-anai.Lama-kelamaan, semangat yang luntur ini mampu menutup semua pintu kejayaan.

 

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar”

Surah Al-Baqarah ayat 155.

Ukiran-ukiran kejayaan anak-anak muda bukanlah semudah yang disangka.Banyak perubahan diri yang perlu dilalui bagi melahirkan remja berkualiti.

Dan sudah menjadi adat, remaja-remaja zaman sekarang lebih banyak disajikan dengan lembaran-lembaran ilmu tanpa perlu berusaha untuk mencarinya.
Bahkan, perkataan ‘malas’ juga sudah sinonim dengan remaja-remaja kini.

Tingkahlaku yang kurang baik akan menjadi kebiasaan(habit) jika tidak diubah seawal mungkin. 

Begitulah juga dengan sikap kemalasan dan  suka bertangguh.
Siapa lagi yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri.
Seandainya sifat malas ini dibiarkan bermaharajalela di lubuk hati, lama-kelamaan ianya akan menjadi darah daging kita.

Sifat malas ini biarpun dilawan, ianya tidak akan lari daripada kita.Mungkin akan ada masanya kita futur(lemah jiwa) namun janganlah dibiarkan sifat ini berterusan.Lawanlah ia dan bentengi diri dengan usaha,doa dan tawakkal.

Umpama anak2 kecil yang menangis kerana tidak dapat apa yang diinginkan dan merajuk..kemudian akhirnya pergi semula kepada ibunya.

HambaNya yang sering pergi mendapatkan selain dariNya..akhirnya akan pergi semula kepada Allah demi meraih rahmat dan ampunanNya..serta belas kasih ihsanNya..

Duhai teman..

perjuangan kita didunia ini memang akan disaji dengan kelunturan semangat dan jiwa yang lemah..

kembalilah semula kepada Allah untuk mendapat kekuatan itu semua

-adik-

-adik-

Detik itu datang kembali. Tarikh yang takkan pernah aku lupakan. Tarikh itu sangat istimewa. Hari lahir si dia. Dia yang melaluinya Allah telah banyak mengajarku.mengajarku erti hidup. Mengajarku erti berdikari. Mengajar aku erti pengorbanan, erti belas, erti kasih dan sebagainya. Dialah adikku. Ya, adikku!

 

Jika ditanyakan jarak usia antara kami, jarak kami jauh berbeza. Sepuluh tahun berbeza. Tapi sungguh dia telah banyak mendidik diri ini.

 

Aku masih ingat saat dia bakal dilahirkan. Ketika itu aku di sekolah rendah.  Aku dan adik beradik yang lain dijaga oleh ibu saudara kami kerana ibu punya komplikasi dengan kandungannya. Bukan sehari dua tapi hampir dua bulan! Dalam tempoh dua bulan itu juga, kami tak dapat beraya bersama ibu kerana ibu berada di hospital.

 

Setelah dia dilahirkan, doktor yang merawat mendapati adik bukan seperti kanak-kanak lain. Dia dikategorikan sebagai kanak-kanak cerebral palsy.  Diawal kelahirannya hampir setiap minggu ibu dan ayah harus berulang alik ke hospital. Tiga tahun pertama hidupnya hampir setiap enam bulan pasti dia akan di masukkan ke wad atas pelbagai masalah kesihatan. Pernah beberapa kali adik diserang sawan. Sepanjang tempoh dia di dalam wad, ibu setia menemani di hospital. Beberapa minggu ibu tiada di rumah. Menemani adik yang dirawat di hospital. Tinggallah aku dan adik beradikku yang lain di rumah bersama ayah. Demi meneruskan pencarian nafkah untuk keluarga ayah terus bekerja seperti biasa. Makan minum kami adik beradik selepas usai waktu persekolahan, telah ayah sediakan sebelum melangkah ke tempat kerja. Adakalanya ayah beli makanan dari luar. Tapi pernah juga kami adik beradik masak sendiri. Alhamdulillah ibu didik kami agar tahu untuk buat kerja rumah. Dalam umur pelajar sekolah rendah itu, aku sudah mampu untuk tanak nasi, menggoreng ikan, tumis sayur, masak sambal, kemas rumah, menyapu, dan beberapa kerja rumah yang ringkas yang lain. Praktikalnya, nak atau tak kami adik beradik mesti tahu dan mesti buat kerja rumah setiap kali adik tinggal di ‘rumah keduanya’ (wad). Kami telah diajar agar berdikari dan sedar bahawa hidup ini bukan sekadar sebuah kisah dongeng kanak-kanak yang penuh dengan keindahan serta segala kehendak hati akan menjadi milik kita. Tapi hidup ini penuh liku dan seharusnya diri ini bersedia dengan kelengkapan secukupnya. Dan kami juga diajar bahawa nikmat kesihatan itu andai ingin ditarik, dalam sekelip mata, dengan sekali lafaz “jadilah” maka segala nikmat itu akan hilang.

 

Pernah dalam sayup malam, ibu mengejutkan aku dari lena. Dengan muka yang resah ibu mengamanahkan aku agar menjaga adik yang lain kerana adik diserang sakit dan perlu di bawa ke hospital. Kami adik beradik yang lain turut resah. Malam kami disirami air mata yang bergenang. Mengharapkan tiada perkara buruk menimpa adik. Pada saat itu kami diajar olehNya bahawa tiada tempat bermohon dan berharap yang terbaik melainkan dariNya.

 

Kondisi adik sebagai kanak-kanak OKU juga banyak menyedarkan kami. Banyak menyedarkan aku agar jangan pernah memandang rendah atau merasa jijik dengan mereka yang kurang bernasib baik, yang ALLAH timpakan ke atas mereka berbentuk ujian. Jangan pernah jijik dan memandang rendah mereka yang cacat, terencat akal, ditimpa penyakit kulit dan sebagainya.

 

Adik kini sihat, Alhamdulillah. Walaupun masih tidak mampu berjalan mahupun berdiri seperti insan lain tapi secara keseluruhannya dia sihat sebagai dirinya. Mampu untuk makan tidak mengira semua jenis makanan. Faham akan setiap butir patah perkataan. Dalam percakapan pertuturannya mungkin tak jelas namun bagi kami yang sering bersamanya bahasanya itu kami faham. Malah adakalanya adik sangat petah, riuh satu rumah dengan karenahnya.Teringat aku pada tahun sebelumnya, adik minta ibu masakkan nasi ayam untuknya sempena hari lahirnya. dan dia juga minta agar diadakan sambutan kecil kecilan untuknya. Dengan aku pula, dituntut hadiah berupa baju berwarna oren supaya sama dengan warna kucing kesayangannya Si Oren.  Oh ya, apa pula yang akan dimintanya kali ini, ya?

 

Serta merta tanganku menggapai telefon bimbit. Nombor telefon ibu aku dail. Menanti suara-suara yang amat aku rindui untuk menyapa telinga.

 

 

nota:Cerebral palsy is a group of disorders that can involve brain and nervous system functions such as movement, learning, hearing, seeing, and thinking.

 

monolog kehidupan

monolog kehidupan

Semalam ku rasa gembira

Rasa segalanya ada,

Ku punya keluarga bahagia

Punya teman  bila ku perlukannya

Dan agama yang aku hidup dengannya.

 

Tapi kini,

Apakah ertinya perasaan ini?

Apakah ertinya persoalan ini?

Apakah maknawi yang tersembunyi?

 

Sungguh,

Sungguh aku tidak pasti..

.

.

.

.

Ya Allah ya rabbi,

Benarkah begini rasanya diuji?

Langkah seakan terhenti

Hati seakan menafi

Fikiran di mana ku tak pasti

 

Ya Allah pemilik hati ini,

Ku tahu ku tak mampu menafi

apa yang telah Kau takdirkan pada diri ini

Segala langkah ku aturi

Namun Kau Maha Mengetahui

Apa yang berhak aku miliki.

 

Dan ingatlah wahai diri,

Inilah hakikat kehidupan ini

Hidupku kini hanya untuk Ilahi

Tidak ada yang dapat mengganti

Bukan kerana ku cuma pasti

Tapi kerana aku telah menyakini,

Jalan yang ku tempuh ini,

Tiada lain untuk redhaMu ya Rabbi.

 

‘’Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar.’’

(al-baqarah 155)

 

teristimewa buat akhawat fillah

teristimewa buat akhawat fillah

“Ayie,sakit!”rengek saya.Pantas si kecil yang  sedang rancak bermain berlari mendapatkan saya.Memek mukanya berubah.Kakinya yang sudah sembuh dari luka semalam diangkat.Bagai si tempang,dia berlari mengambil ubat di rak dan dihulurkan kepada saya.

Saya senyum.Niat hati hanya mahu mengenakan dia.Ubat saya ambil dan sapu pada kaki yang terluka.Dia memerhati saya penuh minat.Sesekali mukanya seperti menahan sakit.Saya cuba menahan gelak.

“Sakit lagi tak?”tanyanya bila saya mula membalut luka itu.

“Sakit!!”jawab saya sambil pura-pura menangis.

Dia mula menggosok kaki saya perlahan membuatkan ketawa saya pecah akhirnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayie dan sesiapa sahaja adalah watak sampingan yang menyinggah dalam hidup kita.Watak yang membuat hidup kita penuh berwarna.Gembira dan sedih silih berganti.Dan kita sendiri yang memegang banyak watak,suka atau tidak,tak lepas dari menggembirakan dan ‘mencederakan’ perasaan orang lain.

Rencah kehidupan yang penuh ranjaunya menyebabkan kita memerlukan teman buat penyokong di kala suka dan duka.Teman yang mahu dikongsi kegembiraannya,mampu meminjamkan bahunya bila terluka dan yang paling penting yang mampu membimbing kita ke syurga.

“Mukmin satu sama lainnya bagaikan bangunan yang sebagiannya mengokohkan bagian lainnya.”

(HR. Imam Bukhari)

jadi,dalam post ini,ana mahu bersajak(?)moga ada hati yang tersentuh.:P

dan sajak(lebih kepada monolog kot)ini ditujukan khas untuk semua akhawat fillah sekalian.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

kita berkenalan bukan lama,

tapi hati tertaut cinta,

bibir tak lokek tersenyum mesra,

kalam indah menyapa telinga,

mata memandang tak luak sayangnya,

dan hati berkata,

kuatkanlah ikatannya,

teguhkanlah cintanya,

tunjuki jalan-jalannya!

 

ukhti yang ku hormati prinsipnya,

curahkanlah cerita,

agar mampu ku ringankan bebannya,

agar mampu ku kesat air mata,

agar ku bisa berfikir bersama,

mencari solusi penenang jiwa.

 

ukhti yang ku hargai sabarnya,

maaf daku pinta,

kerana khilaf diri yang hina,

kerana kurangnya sensitiviti di jiwa,

kerana tajamnya lidah berbicara.

 

ukhti penenang jiwa,

pandanglah mataku lama,

pandanglah mataku sedalamnya,

carilah kejujuran dan cinta,

buat ukhti penemanku ke syurga.

 

maka ukhti penemanku mencari redha,

jangan berduka!

kembalilah ceria!

kesatlah air mata.

 

ukhti yang ku damba senyumannya,

ketawalah!

bergembiralah!

bergembiralah dengan janjiNya,

JANNAH untuk yang berjihad di jalanNya.

 

ukhtifillah ku yang ku harap sedang bahagia,

kita tempuh jalan ini bersama,

jalan yang pastinya banyak ranjaunya,

pedulikan suara yang mengata,

pedulikan ketawa yang mempersenda,

bukan kah dunia ini tak lama?

 

RENCAH KEHIDUPAN “5 sebelum 5″

RENCAH KEHIDUPAN “5 sebelum 5″

Petikan sebuah kisah di dalam sebuah kapal terbang yang sedang menuju ke destinasinya dalam bulan ramadhan…

A:assalamualaikum saudara. Nampaknya, kamulah yang akan menjadi teman sebelah tempat duduk saya dalam‘ flight’   kali ini. Selamat berkenalan!

B:waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh. Ya, selamat berkenalan.  Saya sangat gembira dapat berkenalan dengan kamu.

A: wahai Allah, permudahkanlah urusan kami hari ini..(dan terus membaca doa perjalanan musafir)…untuk pengetahuan kamu, saya mendengar doa ini ketika pertama kali  saya menaiki kapal terbang satu masa dahulu dan sejak itu saya terus mengamalkannya setiap kali bermusafir .

B: nampaknya seperti kamu sudah banyak kali bermusafirya?

A: benar sekali saudaraku. Setiap 2 minggu saya akanbemusafir, untuk mengambil ubat-ubatan bagi penyakit yang sedang saya alami. Ini adalah perjalanan saya yang ke-70 untuk mencari ubat-ubatan yang sesuai. Saya telah menjalani pembedahan sebelum ini,tapi  penyakit saya semakin serius kerana telah merebak ke sebahagian sistem tubuh saya yang lain. Begitulah  qada’  dan qadar yang telah Allah tetapkan untuk saya. Alhamdulillah…           

B: semoga  Allah menyembuhkanmu, wahaisaudaraku…bagaimanakah kehidupan kamu dan keluargakamu?

A:  Alhamdulillah atas segalanya.Saya adalah seorang bapa kepada 7 orang anak. Saya sentiasa bersyukur atas ni’mat-ni’matNYA. Hidup kami tidak mewah, bahkan kami tidak mempunyai rumah yang dimiliki sendiri. Cukup sekadar ada tempat berlindung untuk kami sekeluarga. Saya tidak mempunyai kudrat dan harta yang banyak untuk mencari kemewahan dunia. Alhamdulillah, kami masih mampu meneruskan kehidupan sekadarnya dan kami tidak  pernah meminta yang lebih. Kami sentiasa merasakan cukup. Sesungguhnya kebahagiaan yang sebenar adalah di syurgaNYA. (sambiltersenyum..)

B: Allah Maha Besar! Saya sungguh kagum dengan ketabahan saudara dan keluarga meneruskan kehidupan. Benar, kehidupan dunia hanyalah sementara. Saya berasa sungguh kerdil.Manusia di luar sana ramai yang hidup mewah, tetapi tidak semua mampu untuk bersyukur. Ada yang kedekut harta untuk menginfaqkannya. Bahkanada yang lupa dan lalai                sehingga menyebabkan mereka hidup dalam kefasikan.Sentiasa mengejar kekayaan yang tidak pernah memuaskan nafsu manusia walaupun dengancara yang tidak halal. Na’uzubillah!

A:saudara, telah masuk waktu berbuka puasa.  Marilah kita makanbersama-sama.Saya ada membawa bekal sendiri. (sambil menghulurkan sebuah bekas makanan kepada temannya ; si B)..dan ambillah buah tamar ini.

B: oh, tidak mengapa. Terima kasih.Saya akan makan sahaja makanan yang disediakan oleh pramugara itu nanti. Terima kasih untuk tamar ini.

A: tidak mengapa.  Saya memang sentiasa menyediakan 2 bekas makanan setiap kali bermusafir. Saya akan memberikan salah satunya kepada teman yang duduk di sebelah ‘seat’ saya. Dan hari ini kamulah teman saya, jadi terimalah pemberian ini.

B: semoga Allah meluaskan rezeki kamu.saudaraku..marilah kita berdoa dan berbuka puasa.Semoga perjalanan kita lancar dan selamat sampai. Dan saya berharap kita dapat berjumpa lagi selepas berpisah dari perjalanan ini.

A:  amin.semoga berjumpa lagi. Semoga kita sentiasa berada dalam peliharaan Allah.

Dari petikan dialog ini,terdapat beberapapengajaran yang boleh kita ambil :-

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

“…Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.”

{Surah Ibrahim: ayat 34}

Sesungguhnya, ni’mat Allah sangatlah banyak..tidakterkira! Kita tidak mempu untuk menghitungnya.Bermula dari diri kita, nyawa, kesihatan, dan semua makhluk ciptaanNYA di sekelilingkita..

Maka, wajiblah bagi kita untuk bersyukur atas segala ni’matNYA. Dan jika kita diuji dengan kesenangan, bermuhasabahlah dan berusahalah untuk hidup  dengan penuh kesederhanaan dan sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada(qana’ah).  Segala harta yang kita miliki itu akan ditanya di Akhirat nanti,k earah manakah kita pergunakannya?  Adakah kejalan yang diredhaiNYA atau ke arah yang dimurkaiNYA.

Redha dengan segala qada’ and qadarNYA. Allah tidak akan menguji hambaNYA dengan apa yang tidak mampu untuk ditanggungnya.

Berdoalah selalu agar kita tidak diuji dengan apa yang kita tidak mampu.

Sebagai hamba,kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal kepada Allah.

Marilah sama-sama kita ingati 5 perkara sebelum datang yang 5 :

-

MUMTAZ UNTUK UMMAH

MUMTAZ UNTUK UMMAH

bismillahirrahmanirrahim..

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan begitu pula dalam Al-Quran ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah salat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia-lah pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Menurut Sayyid Qutb, jihad di sini bermaksud jihad di jalan Allah yang mencakup jihad melawan musuh-musuh Allah, jihad melawan diri sendiri dan jihad melawan kejahatan dan kerosakan.

Dan dibebankan jihad ini kepada kita manusia seluruhnya berdasarkan ungkapan DIA(ALLAH) TELAH MEMILIH KAMU menyebabkan kita tidak boleh lari darinya bahkan menerimanya sebagai sebuah penghormatan yang selayaknya disambut dengan kesuyukuran dan perbuatan yang baik.Beban ini penuh dengan rahmat Allah dengan firmannya”dan dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.”

maka,

bangunlah!

andai rebah,bangkitlah!

ALL THE BEST!

MUMTAZ UNTUK UMMAH!

yang mulia?

yang mulia?

bismillahirrahmanirrahim…

menjadi fitrah seorang wanita untuk menyukai pujian.Kadang-kadang kita sedar dan tahu yang pujian itu tak sesuai untuk kita tetapi hati masih berbunga bila mendengar pujian. Perasaan bangga,angkuh,riak,ujub mula tumbuh.Diri terasa besar dan hebat.Niat mula sedikit terpesong.Dan andainya lambat untuk diri menginsafinya,jadilah amalannya amalan yang sia-sia seperi debu yang berterbangan.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya:

“Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). *

“Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)” *

persoalannya,adakah kita memerlukan kepada pujian?

macam mana dengan keikhlasan?sedangkan keikhlasan itu menuntut untuk menyandarkan sebuah ibadah kita hanya kepadaNya tanpa mengharapkan pandangannya.

Sejauh mana kita mampu melangkah tanpa pengiktirafan dari orang lain?

Teorinya,bila iman dan ikhlas betul-betul di hati,kita tidak memerlukan pandangan manusia.Malah semua amalan,baik amalan fardhu atau sunat dan amalan-amalan harian yang lain disandarkan pada neraca Allah.Dunia menjadi kecil dan terlalu hina untuk ditangisi.

Dan Allah sebenarnya sudah lama “memuji” kita..

firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat: 13)

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – أَىُّ النَّاسِ أَكْرَمُ قَالَ « أَكْرَمُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاهُمْ » . قَالُوا لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ « فَأَكْرَمُ النَّاسِ يُوسُفُ نَبِىُّ اللَّهِ ابْنُ نَبِىِّ اللَّهِ ابْنِ نَبِىِّ اللَّهِ ابْنِ خَلِيلِ اللَّهِ » . قَالُوا لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ « فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُونِى » . قَالُوا نَعَمْ . قَالَ « فَخِيَارُكُمْ فِى الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِى الإِسْلاَمِ إِذَا فَقِهُوا »

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya, “Siapakah orang yang paling mulia?” “Yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertakwa di antara mereka”, jawab Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam. Orang tersebut berkata, “Bukan itu yang kami tanyakan”. “Manusia yang paling mulia adalah Yusuf, nabi Allah, anak dari Nabi Allah, anak dari nabi Allah, anak dari kekasih-Nya”, jawab beliau. Orang tersebut berkata lagi, “Bukan itu yang kami tanyakan”. “Apa dari keturunan Arab?”, tanya beliau. Mereka menjawab, “Iya betul”. Beliau bersabada, Yang terbaik di antara kalian di masa jahiliyah adalah yang terbaik dalam Islam jika dia itu fakih (paham agama).” (HR. Bukhari no. 4689)

 

janji Allah, untuk menjadi yang mulia,kita perlulah BERTAKWA.

dan takwa inilah yang membuatkan kita mulia di akhirat kelak.

 

ana tak ingat kalau ini adalah hadis atau kata-kata sahabat atau mungkin kata-kata motivasi, tapi ia cukup mengesani.

“apabila kita kejar  dunia,dunia akan lari.tetapi apabila kita kejar akhirat,dunia yang akan kejar kita.”

 

Akhirnya, ingatlah segala kecantikan, keindahan, sihat dan nikmat yang diberikan hanya pinjaman. Selepas mati menjelma, daging hilang sekeping-keping meninggalkan hanya tulang(resist puterfaction.:p)

 

wallahullam

 

p/s:what are the other parts of body that resist putrefaction and their medicolegal importance.:)

 

ALL THE BEST for all 4th year and 6th year students of Alexandria University.

*MUMTAZ UNTUK UMMAH*

untukmu wanita

untukmu wanita

Hari Wanita Sedunia jatuh pada 8 Mac. Manakala Hari Wanita SeMalaysia pada tahun ini jatuh pada 25 Ogos 2010. Pada hari ini masyarakat mengiktiraf peranan wanita terhadap dunia. Mungkin pada mereka yang belum mengetahui bagaimana Islam telah mengangkat martabat wanita sejak zaman jahiliyah dulu lagi mereka merasa kagum dan berbangga pada mereka yang mula mengilhamkan penghormatan ini. tapi bagi yang mengetahuinya, hari tersebut adalah hari diri mereka sebagai wanita dihargai.

Memetik kata-kata salah seorang Menteri di Malaysia, beliau telah merungkaikan beberapa kelebihan, keistimewaan dan fungsi wanita dalam ‘menggoncangkan’ dunia. Antaranya, beliau mengatakan pengorbanan wanita adalah begitu besar. Merekalah seorang ibu yang mendidik anak-anak, seorang isteri kepada suami, seorang anak kepada kedua ibubapanya dan mertuanya, mereka jugalah pekerja yang berdedikasi membantu suami meningkatkan prestasi hidup. Wanita kini juga merupakan penggerak negara. Idea dan sumbangan wanita kini mampu membawa negara mengorak langkah lebih jauh ke hadapan.

Tiada apa yang salahnya pada kata-kata beliau. Memang ada benarnya dan tidak dapat dinafikan. Cuma bagi pendapat saya, apa yang dikatakannya terlalu umum. Masih tidak terlihat fungsi dan ‘kuasa’ sebenar wanita dalam sesebuah keluarga, masyarakat, negara mahupun dunia!

Apa yang masih belum cukup? Tak banyak. Cuma memerlukan sedikit pemerincian sahaja. Penambahannya ialah, wanita adalah penentu masa depan! Kenapa? Wanita adalah ibu, isteri, anak, serta pemudi yang juga turut menggerakkan bangsa dan negara. Cuba kita bayangkan jika wanita-wanita tersebut adalah wanita yang hilang agamanya, pupus akhlaknya, bangga menjual tubuhnya, bijak memujuk rayu sang Adam. Adakah wanita-wanita ini mampu membawa kepada kecemerlangan? Seorang ibu yang buruk akhlak dan daif agamanya, berapa ramaikah zuriat yang soleh dan solehah yang mampu dihasilkannya? Bagaimanakah bentuk galakan-galakan yang akan diberikan kepada anaknya? Manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi?

“Eh? Lelakikan masih ada. Mereka juga masih mampu membawa kecemerlangan. Kata lelaki kuat dan hebat melebihi wanita. Buktikanlah!”

Andai soalan tersebut dilontarkan, cuba fikir dan renungkan semula. Sehebat-hebat kaum Adam, kelemahannya pasti ada. Dan antara kelemahan utama mereka ialah HAWA! Mereka tidak akan betah menolak permintaan kaum yang lemah lagi lemah lembut itu. Hati mereka akan cair dengan segala pujuk rayu dan kata-kata manis sang Hawa. Jiwa mereka akan gelisah tatkala melihat seorang gadis menitiskan air mata dihadapannya. Ya, wanita itu sifatnya lemah! Namun disebalik kelemahannya itu tersingkap beribu kekuatan yang tidak disangka-sangka. Buktinya, saat Nabi Adam dan Hawa masih di syurga. Iblis yang laknat kian berputus asa untuk menggoda keimanan Nabi Adam yang utuh di jiwa. Namun setelah dipujuk rayu oleh Hawa yang telah termakan pujuk rayu syaitan durjana, akhirnya Nabi Adam tersingkir ke bumi.

Pernah saya terbaca satu artikel yang menceritakan jalan-jalan serta langkah-langkah syaitan menggoda kaum mukmin. Di akhir kegagalan syaitan menggoda orang yang beriman, mereka buntu untuk memikirkan cara untuk menyesatkan anak Adam. Lalu dikumpulkan golongan mereka untuk diminta ‘nasihat’. Maka berkata salah seorang dari mereka, “Cubalah dengan menggoda perempuan-perempuan mereka. Kerana sesungguhnya dahulu aku hampir gagal untuk menyesatkan nenek moyang mereka, namun akhirnya dengan pujuk rayu wanita, aku berjaya menyesatkannya.” Maka digodanya isteri Nabi Ayub agar meninggalkan Nabi Ayub yang sedang ditimpa penyakit sebagai cubaan syaitan untuk meruntuhkan keimanannya. Oleh itu, jangan dikutuk ‘pak imam pun boleh tercabut serbannya melihat perempuan’ andai wanita itu sendiri tidak menjaga diri menjadi wanita yang soleh penyejuk mata serta hiasan terindah duniawi kerana mereka juga masih seorang lelaki yang punya nafsu dalam diri!

Cukuplah barat mengeksploitasi ‘kekuasaan’ yang kau miliki. Sedarlah wahai wanita bahawa kau kini dipermainkan kuasa barat pengikut syaitan untuk merosakkan dirimu, merosakkan agamamu, kaum adam yang mampu menggerakkan dunia, lalu membawa dunia berpaksikan syariat syaitan durjana. Cukuplah kau memperagakan tubuhnya yang menawan itu. Cukuplah engkau melelong murah harga dirimu. Cukuplah kau dipermainkan syaitan dalam syariat yang hampir serupa dalam agamamu. Permainan ‘talbisu syaitan’! Bertudung tetapi baju ketat, berlengan pendek. Busana muslimah, tetapi fabriknya melihatkan seri tubuhnya. Cukuplah, Cukuplah!

Wanita, indah dirimu dan layaklah kamu untuk dihargai dan dihormati andai dirimu adalah bidadari syurgawi hiasan terbaik duniawi. Layaklah dirimu untuk dihargai andai dirimu penyejuk mata buat sang suami, isteri yang bijaksana, solehah yang didambakan setiap mukmin sejati. Layaklah kau menjadi penggerak sebuah negara andai dirimu seorang ibu yang bukan sahaja dirimu yang hebat dan wanita sempurna, namun kau juga mampu menlahirkan dan mendidik zuriatmu menjadi pewaris sebenar junjungan Nabi SAW. Zuriat yang teguh bersyariatkan Islam yang syumul!

Sahabat…

Sahabat…

Sahabat. Suatu perkataan yang tidak asing lagi dalam kehidupan seorang manusia. Suatu yang akan menjadi lebih istimewa saat diri sayup dari pandangan keluarga tercinta. Suatu yang menjadi indah andai disulam kasih yang bertaut padaNYA.

Sahabat. Perjalanan yang kita tempuhi bersama meredah ranjau dan onak duri kehidupan, genggamanmu membawa kita terus mengorak langkah bersama.

Suatu ketika dahulu, saat kita berteduh dipohon redup kau tanyakan sesuatu padaku. “pada pendapatmu, apakah erti seorang sahabat bagi dirimu?”

Aku terpana. Tidak kujawab soalanmu itu. Soalanmu itu membuatku berfikir. Sepanjang aku mengenali perkataan sahabat itu, adakah aku benar-benar mengenali erti sebenar seorang sahabat? Adakah aku benar-benar menghargai dan mensyukuri nikmat persahabatan itu? Aku terpaku. Aku bukanlah seorang sahabat andai aku sendiri gagal memahami erti sebenar persahabatan itu. Mana mungkin aku menjadi ahli yang baik kepada sesuatu yang tidak kuketahui?

Sahabat, hari ni akan kucuba menjawab persoalanmu itu. Maaf kupohon kerana aku sedar bahawa aku masih bukan sahabat yang terbaik untukmu.

Dikau
Anugerah dari Yang Maha Penyayang
Cahaya kurniaanNYA
menghulurkan kasih
membawaku keluar dari kegelitaan
tanganmu kusambut
menarikku dari lubang sempit keduniaan
membawaku untuk kembali bernafas
bernafas dalam bayu lembut lagi indah.

Dikau
Anugerah dari Yang Maha Mengasihani
cahayamu
menyinari seluruh dirimu
menyinari sekelilingmu
mengalir hangat ke dalam diriku
dari sambutan tanganmu
cahayamu mengalir menyinari diriku.

Dikau
Anugerah dari Yang Maha Satu
genggaman tanganmu erat
erat hingga belum pernah aku terlepas darinya
tika hari cerah riang gembira
jua tika mendung datang menerpa
seiringan kau bersamaku
dalam langkah menuju destinasi reda ilahi
langkah yang dihiasi ranjau nan berduri.

 

Aidilfitri 1432H