Monthly Archives: February 2012

“My roots lies in the soil of Palestine”

“My roots lies in the soil of Palestine”

Buntu.Buntu.Apa yg harus aku jawab?
pabila Rabb-ku bertanya
apa yang telah engkau lakukan untuk tanah itu?

Dekat.Dekat.sudah dekat sekali
hanya beberapa batu sahaja mungkin
tapi aku masih lalai
walau di bajuku tertulis
“My roots lies in the soil of Palestine”

Malu.Malu.malu aku pada para syuhada kecil itu
yang memperjuangkan Al-Quds dengan darah mereka
sedang aku hanya mampu memakai baju hijau
pada hari memperingati tanah suci itu

Jiwa ini terlena, terlalai dan seringkali terlupa,
yang saudara se-akidah kita sedang sengsara.
Belum sampaikah lagi waktu untuk bangun?

Bangunlah
biar kesedaran Palestine ini meresap dalam jiwa
menjalar kukuh dalam minda
dam mempengaruhi tindakan kita.

Rindu Pada Rasulullah

Rindu Pada Rasulullah

Hakikat

Merindui merupakan suatu fitrah.Seseiapa yang tak pernah merindui,jiwanya mungkin kosong dengan kasih sayang kerana mana mungkin rindu hadir selepas kasih sayang dan mana mungkin kasih sayang hadir sebelum mengenali seseorang.

Rindu  adalah kekuatan jika diarahkan ke jalan yang betul.Lihat saja para –para pejuang yang merindui syurga.Dunia umpama tiada harga di sisi mereka.Bahkan setiap saat mereka merindui syahid dan syurga yang dijanjikan buat mereka.

Saudara
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merinduiku
bahagialah hidupku di alam syurga
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar memancar..

-sajak syed Qutb sebelum ke tali gantung.-

Persoalan

Kenalkah anda pada Muhamad?

Siapakah dia?

Adakah anda mengimaninya?

Sebanyak mana jasanya pada anda?

Sebanyak mana pula jasa anda padanya?

Rindukah  Muhammad kepada anda?

Banyak manakah rindunya?

Setandingkah dengan rindu anda kepadanya?

Atau rasa rindu itu tidak pernah hadir?Wanauzubillah min zalik

>

>

Sebagai umat islam,kita mengimani bahawa Muhawad S.A.W adalah rasul kita,penamat kepada semua nabi dan rahmat kepada seluruh alam.

Muhamad S.A.W  adalah insan agung yang dianugerahkan Allah dengan penuh perasaan cinta dan rindu.

Sebuah kisah

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan

Baginda menjawab: “Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku. Saudaraku ialah mereka yang datang selepasku, beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku. Aku merindui mereka. Kerana itulah aku menangis”.

>

>

Rasul yang mulia ini tidak pernah menemui kita tapi rindunya pada kita cukup tebal sehingga dicemburui para sahabat.Jadi.masih mustahilkan untuk kita merinduinya?

Dan di hari akhirat kelak,baginda  pasti akan mencari kita ummatnya,untuk diberi syafaat,agar kita terhindar dari azab Allah dan berbahagia di syurga sana.

Translate love into action

Perasaan sayang dan rindu takkan membawa ke mana-mana jika tiada amal yang membenarkannya.Contohnya,tidak dinamakan cinta jika  seorang suami mengungkapnya cinta tanpa letih,tetapi dalam masa yang sama menyakiti isterinya.Begitu juga seorang yang mengatakan rindu kepada rasulullah tetapi dalam masa yang sama bermaksiat,mendekati larangannya,rindukah itu?Sedangkan pemisah antara dunia dan akhirat adalah kematian.Dan  untuk yang tidak pernah bertemu,syurga sahajalah tempat pertemuan yang diharapkan dan harga ke syurga itu bukannya murah.

Resolusi

  • Fahami quran dan sunnah dan amalkan.

“Aku meninggalkan bagi kalian yang jika kalian berpegang teguh, kalian tidak tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan sunah nabiNya.”

  • banyakkan berselawat

  Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

  • menziarah makam nabi
  • belajar sirah rasulullah

wallahuallam

Lemah di Dalam Perjuangan?

Lemah di Dalam Perjuangan?

Masih terngiang-ngiang di telinga Nur akan pesanan bapa saudaranya,

”Belajar di Mesir tu dah paling senang dah compared to tempat lain”.

Nur hanya diam membisu memikirkan kepayahan yang harus ditempuhinya bagi meraih ilmu kecil didunia ini.Nur mengerti, knowledge is not like everythin else of value, not to be obtained easily.

Helaian buku Parasit ditenungnya dalam-dalam.’Aih!!Membaca tanpa memahami adalah sia-sia belaka’, monolog Nur sendirian. Doktor yang baik adalah doktor yang mampu berfikiran kreatif di saat-saat kecemasan.Lantas Nur berpaling ke arah rak bukunya.Dicapainya buku Case Files.

Selesai membelek hampir kesemua kes-kes yang biasa berlaku, barulah timbul sedikit sebanyak kesedaran untuk membaca buku-buku basic.Cara pembelajaran berdasarkanProblem Based Learning merupakan antara kaedah yang efektif dan berkesan dalam bidang perubatan. Kebiasaaannya pelajar akan lebih terdedah pada realiti kes-kes yang bakal dihadapi kelak.

Namun, kerapkali pelajar perubatan ini kehilangan semangat mereka hari demi hari.Umpama kayu rapuh  yang sedang dimamah oleh anai-anai.Lama-kelamaan, semangat yang luntur ini mampu menutup semua pintu kejayaan.

 

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar”

Surah Al-Baqarah ayat 155.

Ukiran-ukiran kejayaan anak-anak muda bukanlah semudah yang disangka.Banyak perubahan diri yang perlu dilalui bagi melahirkan remja berkualiti.

Dan sudah menjadi adat, remaja-remaja zaman sekarang lebih banyak disajikan dengan lembaran-lembaran ilmu tanpa perlu berusaha untuk mencarinya.
Bahkan, perkataan ‘malas’ juga sudah sinonim dengan remaja-remaja kini.

Tingkahlaku yang kurang baik akan menjadi kebiasaan(habit) jika tidak diubah seawal mungkin. 

Begitulah juga dengan sikap kemalasan dan  suka bertangguh.
Siapa lagi yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri.
Seandainya sifat malas ini dibiarkan bermaharajalela di lubuk hati, lama-kelamaan ianya akan menjadi darah daging kita.

Sifat malas ini biarpun dilawan, ianya tidak akan lari daripada kita.Mungkin akan ada masanya kita futur(lemah jiwa) namun janganlah dibiarkan sifat ini berterusan.Lawanlah ia dan bentengi diri dengan usaha,doa dan tawakkal.

Umpama anak2 kecil yang menangis kerana tidak dapat apa yang diinginkan dan merajuk..kemudian akhirnya pergi semula kepada ibunya.

HambaNya yang sering pergi mendapatkan selain dariNya..akhirnya akan pergi semula kepada Allah demi meraih rahmat dan ampunanNya..serta belas kasih ihsanNya..

Duhai teman..

perjuangan kita didunia ini memang akan disaji dengan kelunturan semangat dan jiwa yang lemah..

kembalilah semula kepada Allah untuk mendapat kekuatan itu semua