Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam yang masih menjalar dalam diri setiap hamba. Alhamdulillah juga untuk rahmat Allah yang sentiasa melimpah, yang tidak pernah leka dalam mentadbir ciptaannya..betapa Allah itu maha mengetahui apa yang zahir dan apa yang tersembunyi dalam diri hambaNya..dan ketahuilah Allah itu amat dekat.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya(Al Qaaf:16)
Dan bagaimana pula kita sebagai hamba setelah mengetahui Allah itu dekat, apakah kita makin mendekatiNya atau semakin menjauh? Apakah kita cuba untuk menjadi yang terbaik untuknya? Atau sekadar berpeluk tubuh menunggu takdir tanpa sebarang usaha…sama-sama kita muhasabah..semoga kita tergolong dalam golongan yang amalnya hari ini lebih baik dari semalam,yang bakal menerbitkan generasi yang cemerlang bukan saja dunia malah gemilang akhirat..insyaAllah
Di sini suka untuk saya kongsikan sedikit formula yang boleh sama2 kita amal dan terbitkan dalam diri masing2 dalam membina insan yang cemerlang dunia,juga akhirat. Formulanya mudah sahaja..semudah 4M..yakni: Mufakir,Muallim,Muaddib,Mujahid..
1-Mufakir – Fikir,.syarat pertama untuk menjadi insan yang gemilang dunia dan akhirat kita digalakkan untuk sentiasa berfikir. Berfikir tentang Allah,berfikir tentang alam ciptaanNya, berfikir tentang hakikat kejadian manusia itu sendiri..seterusnya berfikir bagaimana caranya untuk kita jadi hamba yang lebih baik kepada Pencipta yang Agung sebegitu rupa..subhanallah. Kerana juga dari berfikir akan terungkai persoalan2 yang tersirat..yang mana sebelum ini ianya cukup menjadi tanda tanya dalam diri kita..jangan siakan kebolehan berfikir yang Allah anugerahkan pada makhluk bergelar manusia ini…Fikirkanlah untuk menjadi yang terbaik bukan saja di dunia tapi juga akhirat yang pasti.
2-Muallim-berilmu,untuk jadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat kita mestilah berilmu. Sungguh bumi Allah ini kaya dengaan pelbagai ilmu..ilmu sains,matematik,falsafah mahupun ilmu agama.Carilah ilmu dunia jua ilmu akhirat dan seimbangkan keduanya. Dan ketahuilah,hidup di dunia ibarat pengembara..jadilah kita seorang pengembara yang tidak jemu bertanya di sepanjang perjalanan,tidak jemu belajar,tidak jemu memperbaiki kesilapan..supaya kita selamat tiba ke destinasi. Dan yang paling penting, carilah ilmu yang boleh mendekatkan kita dengan sang Khaliq..yang seterusnya akan menyampaikan kita kepadaNya kelak . Belajar selagi boleh,selagi mampu agar jiwa kita tidak kosong dan tandus. Untuk itu, tidak salah untuk kita mengejar ilmu duniawi asalkan ukhrawi kita seiringkan.=)
3-Muaddib-Berakhlak,beradab. Yang mana untuk menjadi hamba Allah yang cemerlang,gemilang,terbilang dunia dan akhirat kita mestilah menjadi seorang yang berakhlak dan beradab. Berakhlak pada masa yang sentiasa mencemburui kita yakni dengan menepati masa, beradab dgn ilmu yang kita tuntut,beradab dengan mereka yang menyampaikan ilmu,juga beradab dengan individu sekeliling. Dan yang paling penting,berakhlak dengan Maha Pencipta supaya setiap ilmu yang kita terima lebih mudah untuk kita amalkan,lebih mudah untuk kita nak terbitkan dalam diri. Jadilah orang yang berakhlak dan beradab terutamanya dengan Allah dengan ibu bapa..seterusnya pada orang-orang yang ada disekeliling kita agar usaha kita untuk merebut title generasi yang cemerlang itu dalam redha Allah.
4-Mujahid-berjuang…untuk menjadi generasi yang cemerlang kita juga dituntut untuk berjuang. Berjuang selagi kita mampu selagi kita punya kesempatan selagi kita punya masa selagi mata belum tertutup rapat. Berjuanglah mengikut kemampuan..yang mana kita tidak dituntut untuk ke medan jihad,berperang menghunus pedang sebaliknya mengikut kadar keperluan kita pada hari ni…berjuanglah melawan musuh yang terbesar yang tersembunyi dalam diri..yakni musuh yang diberi nama nafsu.. berusahalah semampu mungkin .melawan hawa nafsu yang dikatakan membunuh itu..,dan ketahuilah untuk setiap apa yang kita juangkan akan pasti adanya ujian..pasti! dan itulah yang dikatakan tarbiyah..iaitu ujian yang mendidik.. berjuanglah untuk bertegas dengan diri dalam usaha untuk menjadi hamba yang lebih baik..semestinya yang terbaik yang kita harapkan..namun,menjadi yang lebih baik itu adalah lebih baik dari mereka yang tidak pernah berusaha pun merubah diri mereka..sekecil mana pun yang kita juangkan,jika diniatkan kerana Allah..itu adalah sesuatu yang amat besar di sisiNya.
Untuk itu sahabat-sahabat..ayuh sama-sama kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari..dalam usaha mengapai cemerlang di dunia,gemilang di akhirat..semudah 4M..wallahuallam..=)
