Tentang Syiah

Standard

Bagai api dalam sekam.

Sedarkah kita apa yang berlaku pada saudara kita Ahlussunnah di SYRIA,IRAQ?Betulkah kita benar-benar ihtimam tentang mereka?Jika YA,kenapa saudara kita di Syria boleh disembelih dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira kanak-kanak,wanita,lelaki,orang tua?Siapa yang telah menyembelih mereka?Apakah agama pegangan mereka?Dari mana mereka datang?Adakah orang yang menyembelih juga merupakan kelompok orang islam?Saudara kita juga?Jadi kita dipihak mana?Jika di Iraq,selepas kejatuhan Saddam Hussein antara(2003-2006),sudah 100,000 Ahlussunnah telah terbunuh.Siapakah yang menghalalkan darah muslim ini?SIAPA?

Jika di Malaysia sudah mula wujudnya puak-puak ini.Pada peringkat pertama mereka akan mengajak masyarakat kita terutama Melayu Islam kepada cintakan Nabi Muhammad & ahlul bait(terutamanya Fatimah,Ali,Hussein),kemudian mereka akan terapkan unsur2 lain seperti  pengutukan & laknat kepada sahabat2 nabi seperti Abu bakar,Umar & Ummul Mukminin yang dituduh oleh puak syiah sebagai penzina,mereka manyatakan bahawa al quran itu tidak lengkap & quran yang berada ditangan kita iaitu ahlussunnah kini merupakan 1/3 daripada quran yang syiah miliki,mereka membenci Jibril kerana mereka mendakwa Jibril telah tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad yang sepatutunya disampaikan kepada Ali & mereka menganggap juga Karbala’ lebih mulia berbanding Kaabah.

Lakaran Imam 12 Syiah.

Mengapa mereka sanggup meruntuhkan masjid di Iraq.Ingatkah kita ketika puak-puak syiah ini pernah membuat huru hara di Masjid Nabawi?Pernah mencuri Hajarul Aswad di Kaabah?Puak2-puak inilah yang mengalu-alukan kedatangan Amerika masuk ke Afghanistan&Iraq untuk membantu mereka menghapuskan Ahlussunnah di sana.

Sedar tak sedar, dakyah-dakyah mereka telah diterap masuk  sekian lama di negara kita yang tercinta.Mereka lebih suka berdakwah kepada golongan ahlussunnah yang sangat cetek pengetahuan agamanya atau mereka menarik orang-orang yang baru mahu berjinak dengan agama islam atau lelaki syiah akan cuba mengahwini perempuan Ahlussunnah.

Baru-baru ini,di mesir ana sempat berjumpa dengan beberapa wanita dari Syria,ada yang berasal dari Homs.Semasa bertanyakan khabar tentang Syria mereka hanya menyatakan (ALLAHUMMA FARRIJ)’moga ALLAH memberi jalan keluar & jalan kegembiraan kepada kami’.Bila ana bertanyakan keadaan mereka yang rata-ratanya pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mesir ini,mereka hanya menyucapkan” Alhamdulillah”,paling lebih pun mereka menyatakan negara Mesir ini aman berbanding Syria.Ada satu keluarga ana berkenalan di dalam tramco.Ana menyedari keberadaan mereka kerana terdengar perbualan yang perkataannya lebih lembut & sedap didengari berbanding bahasa arab Mesir kerana mereka menggunakan bahasa Arab fusha.Mereka datang dari Syria & menetap di Mandarah,Iskandariah,terdiri daripada 4 orang wanita& seorang budak perempuan yang lembut wajahnya.Bila ana menanyakan nama budak itu dia menjawab namanya Aisyah.Terkedu,terasa mahu menahan sebak kerana teringatkan nasib2 saudara kita yang dibunuh semata2 nama mereka ialah Aisyah,Abu Bakr& Umar,Uthman & sahabat2 lain.Namun mereka di negara yg agak asing bagi mereka tapi tiada seorang lelaki pun dari keluarga mereka yang datang ke bumi Iskandariah ini.

JADI APA PERANAN KITA?

1-      Pernah ana mulakan perbualan dengan seorang ukhti Egyptian semasa tarawih di kuliah handasah.Apa yang ukhti ini berpesan supaya kita terus menerus mendoakan saudara2 kita di Syria terutama semasa berbuka puasa.Mulakan doa akhawat dengan doa ini.Doakan mereka dalam qunut,sujud,antara azan&iqamat,masa puasa,waktu hujan & setiap solat akhawat.

2-      Menyedarkan kawan-kawan,keluarga & masyarakat tentang bahayanya pengaruh syiah & kepentingan mengetahui isu Syria ini.

3-      Memantapkan kefahaman islam akhawat  dalam setiap aspek.Moga kita tidak goyah ketika pihak2 lain cuba untuk mengelirukan kita dengan sejarah2 yang direka-reka oleh orang2-orang syiah ini.

4-      Mempelajari sejarah-sejarah syiah.Mengapa mereka berbeza dengan Ahlussunnah,dari sudut mana mereka berbeza,apa itu taqiyyah yang mereka berpegang,mengapa mereka mengkafirkan Ahlussunnah & menghalalkan darah Ahlussunnah?

5-      Membaca artikel di page2 yang membongkar kerja2 syiah & memberi sokongan kepada pihak yang cuba memahamkan masyarakat dalam isu ini:

1-      http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

2-      http://www.facebook.com/ganyangsyiah

3-      http://ismamesir.com/v2/2012/05/syiah-hakikat-sejarah/

4-      http://www.youtube.com/watch?v=3KuwPCS0tK0&feature=relmfu (video tentang syiah)

PETIKAN AYAT UNTUK DITADABBUR:

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (al hujurat:9&10)

Menyedari perkara ini,beberapa pihak cuba untuk menyedarkan masyarakat kita tentang bahayanya syiah.Moga ALLAH memberkati usaha mereka.

Advertisements

Menjadi seorang akhawat sejati

Standard

Apa yang mula-mula anda terbayang bila membaca tajuk entri ini?

Siapakah akhawat sejati yang anda gambarkan?

Perumpamaan wanita ibarat bunga dan lelaki ibarat kumbang sebenarnya mempunyai makna tersirat yang sangat mengesani. Wanita dan bunga; mungkin ramai yang mengaitkan kedua-duanya dengan kecantikan fizikal, namun bagi saya ia lebih dari itu. Wanitalah yang berperanan  dalam memelihara ‘kecantikan’ suasana, kekemasan bilik tidur dan ruang tamu, dia jualah yang bertanggungjawab menyediakan suasana yang terbaik dan menyenangkan buat ‘kumbang’ yang akan pulang penat berkerja. Sudah tentulah, lelaki yang ibarat kumbang,tugas mereka memang diluar mencari makanan dan berkerja..datang singgah berehat di bunga-bungaan sebagai tempat melepaskan lelah.

Jika anda faham apa yang cuba saya sampaikan melalui perumpamaan di atas adalah siapa sebenarnya yang harus kita gambarkan sebagai akhawat sejati. Definisi rijal dakwah@ ghulam dakwah hakikatnya berbeza bagi seorang lelaki dan wanita, berbeza bagi seorang ikhwah dan akhawat. Mungkin anda gambarkan ikhwah seharusnya yang kuat berjihad diluar, yang itqan dan qowi dalam tugasan usrah dan tarbawi, yang digambarkan imam Hassan al Banna yang penat mereka hanya sempat tidur di dalam kenderaan kerana berkerja untuk ummat.

Lain pula bagi seorang akhawat sejati. Tafsiran dan ciri khas seorang akhawat itu bukanlah sebenarnya terletak pada sehebat mana dia mengeluarkan juhud pada amal dakwah sepenuhnya, tetapi sejauh mana dia mampu untuk menyeimbangkan tugasan dakwah dan tugasan sebagai seorang wanita;di rumah. Teringat saya pada pesanan anak perempuan seorang tokoh dakwah yang terkenal, bila mana ditanyakan apakah tarbiyah istimewa yang ayahandanya berikan padanya dia menjawab;

  Ayahku melatihku untuk belajar menguruskan rumah, belajar menguruskan anak, belajar menguruskan rumahtangga sehingga aku merasa rimas dan tertanya-tanya bilakah ayahku hendak memberikan aku tarbiyah dakwah yang lebih berat”

Benar, kerana akhawat sebenar adalah yang nasyat berkerja diluar, namun bila pulang ke rumah dia menjalankan tugasan memasaknya, yang membersihkan rumah walau seharian sudah berkerja diluar, mengambil berat rakan-rakan serumah dan menyelesaikan setiap tugasan kewanitaannya di rumah. Inilah cabaran sebenar menjadi akhawat sejati, malahan bila berbicara dengan sahabat-sahabat yang sudah berkahwin ramai yang berpesan bahawa banyak tarbiyah akhawat bermula dari rumahnya. Sejauh mana dia mengambil berat akan perihal kebersihan rumahnya, alatan dan keperluan rumahnya, kebajikan ahli rumahnya, kewangan dan bajet rumahtangga. Seorang akhawat yang hebat berdakwah tidak pernah terlepas dari tugas-tugas asasinya sebagai seorang wanita, kerana itu sehebat mana kita di luar rumah marilah cuba untuk tidak menjadikan kepenatan kita di luar sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab dirumah. Sedarilah bahawa inilah tarbiyah sebenar yang dituntut dan perlu dilatih bagi setiap akhawat sejati.

Berkelana di negara orang, tiada ibu untuk menegur kita, tiada kakak untuk membantu melaksanakan tugasan kita. Hanya tinggal sahabat-sahabat serumah yang saling menasihati dan saling memberi qudwah pada kita. Pengalaman peribadi saya cukup menjadi pengajaran buat saya, serumah dengan ukhti-ukhti yang sangat ihtimam pada hal-hal rumahtangga, sangat cekap melaksanakan urusan rumah. Adakala saya sendiri bertanya; adakah layak untuk saya bergelar akhawat sejati? Apakah harus saya jadikan urusan sibuk diluar sebagai alasan melepaskan diri? Rasa sedih bila membandingkan diri yang tidak sensitif pada isu-isu rumah berbanding akhawat lain. Malah lebih malu untuk difikirkan isteri daieah bagaimana yang akan saya jadi bila sudah berumahtangga atas landasan bait muslim nanti?

Semoga artikel ini menjadi muhasabah buat kita semua sebagai akhawat. Kehebatan sebenar kita bukan diukur semata-mata daripada kepetahan berbicara, kekuatan stamina, nasyat berdakwah dari rumah ke rumah. Sedarilah bahawa kita sebagai akhawat punyai peranan yang tersendiri di rumah, hebatnya seorang daieah itu adalah bagaimana dia menguruskan tugasan rumah dan tugasan dakwahnya, hebatnya daieah itu adalah bagaimana dia mentarbiyah dan membesarkan anak-anak dalam masa dia aktif berdakwah. Sungguh, inilah cabaran sebenar dan jihad sebenar seorang akhawat sejati.

Ayuh, mari kita koreksi diri dan muhasabah diri. Masih ada waktu untuk perbaiki diri dan belajarlah menguruskan rumah anda sebelum menjejak ke marhalah seterusnya yang jauh lebih mencabar!

Fasa ketiga: Pembebasan daripada api neraka

Standard

Image

Dua sebab utama mengapa Rasulullah S.A.W mengambil lebih perhatian pada 10 ramadhan terakhir :

Sebab pertama, kerana sepuluh yag terakhir ini merupakan penutupan bulan Ramadhan, sedangkan amal perbuatan itu tergantung pada penutupannnya atau akhirnya. Rasulullah saw. berdo’a:

“اللهم اجعل خير عمري آخره وخير عملي خواتمه وخير أيامي يوم ألقاك”

“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah pamungkasnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana saya berjumpa dengan-Mu Kelak.
 
Sebab kedua, malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan.
 
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

Image

Fasa Kedua Ramadhan : Al-maghfirah

Standard

Image

Sabda  Nabi Muhammad S.A.W :
 
” من قام رمضان إيمانا وإحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه “
 
 “ Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan ganjaran daripadaNya, maka Allah S.W.T akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.”
H.R Bukhari dan Muslim
 
“ Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni.” (Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
 
Jangan biarkan Ramadhan berlalu,
tanpa rasa gundah dan resah,
terhadap nafsu yang belum dijnakkan,
dan terhadap dosa-dosa yang masih sebati..

pilihanraya mesir

Standard

Image

Image

Image

Image

Image

Bersyukur tak terhingga kepada Allah…
Nikmat diberikan utk kami berada di Mesir di berbagai2 era…

Bbrp tahun awal di zaman pemerintahan Mubarak…
Bagaimana kami melihat Mesir dibelenggu kemiskinan, corrupt, illiteracy, etc…
Golongan cerdik pandainya ramai, bahkan lebih ramai drp di ngr kita… namun, seolah-olah tidak apa yg dapat dilakukan dgn kekangan rejim Mubarak sebelum ini…

Kemudian dgn takdir Allah… berlaku Revolusi 25 January 2011… yang semua pun tak sangka , rakyat mampu membuatkan Mubarak berundur… Rakyat Mesir sendiri berseloka sesama mereka, kenapa baru hari ini? …

Kemudian, Mesir melalui fatrah setahun setengah di bwh pemerintahan tentera..
Pelbagai kekcohan dan provokasi ditimbulkan golongan saki-baki rejim terdahulu.. ratusan nyawa juga terkorban dalam period ini…

Dan hari ini… detik ini… Allah hadiahkan buat penduduk Mesir khasnya , dan seluruh umat Islam amnya… kemenangan buat semua… Dr Morsi sah ditabalkan menjadi presiden Mesir.. Allahuakbar walillahilhamd!!!

Alhamdulillah summa alhamdulillah summa alhamdulillah 🙂
Namun, jgn terleka, ini baru permulaan… Banyak sekali yang perlu diperbaiki dan dilakukan… Perubahan bukanlah sekelip mata… tapi inilah permulaannya…

Ya Allah.. mudahkanlah urusan Mesir dan ahlinya, dan seluruh umat Islam…
Biarlah detik ini menjadi titik pemula cahaya Islam menyinar ke seluruh dunia…
Ameen 🙂

(nazihah mohd nor)

Harus diingati, ini bukan ghayah. Ini hanya wasilah. What’s next? Dalam gembira dan terharu, harus saya ungkapkan getar di dada. Mengangkat bendera agama bermakna mengangkat panji perang. It just begin, just begin! Ketahuilah para daieyah, kemenangan ini menuntut hati yang lebih tunduk pada Allah, minda yang lebih tekun untuk dakwah, jiwa yang lebih tegap menanggung fitnah. 

~tahniah mesir, anda bangkit dengan darah ribuan syuhada bertahun2 lama, lautan air mata. dan pengorbanan ini akan diteruskan sehingga tiada lagi fitnah dan deen ini untuk Allah!   -amirah ab jalil

Sememangnya jalan kepada kejayaan sebenar masih lagi panjang dan berliku. Namun kita harapkan agar kejayaan awal di Mesir ini akan menjadi pemangkin kepada pembukaan kembali Baitul Maqdis, kejayaan Islam di Timur Tengah dan juga di dunia antarabangsa.

Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar….-Dr Zainur Rashid Zainuddin (http://zainurrashid.com/)

أهنئ الدكتور محمد مرسى بفوزه برئاسة جمهورية مصر العربية كأول رئيس يختاره الشعب المصرى ، نتمنى له التوفيق و السداد و أن يحفظ الله مصر و أن يهنأ الشعب المصرى بالحرية و الديمقراطية . ~ عمرو خالد

Image

بِسۡمِ اللّٰہِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِیۡمِ

  1. اِذَا جَآءَ نَصۡرُ اللّٰہِ وَ الۡفَتۡحُ 
  2. وَ رَاَیۡتَ النَّاسَ یَدۡخُلُوۡنَ فِیۡ دِیۡنِ اللّٰہِ اَفۡوَاجًا 
  3. فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّکَ وَ اسۡتَغۡفِرۡہُ ؕ اِنَّہٗ کَانَ تَوَّابًا

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), –
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, –
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya al-qasas-5

 nota: semua gambar adalah hak milik asal mereka yang berkenaan.

wallahuallam

Qowarribun Najah

Standard

  KAPAL USANG INI..

Image

 dulu,aku suka berfalsafah tentang hidup

kerana tafsiran kita tentang hidup

membuka cerita yang berbeza

ada manusia yang membuka cerita bahagia dalam hidup mereka

walhal disamping mereka ada insan yang tersenyum mengertikan keperitan hidup.

hidup ini,

ada naik turun pedih manis.

 tapi

dalam seribu pengertian sebuah kehidupan

aku memilih jalan yang dilalui hari ini..

perjalanan yang mengemudi sebuah kapal

usang dia berlayar

walau yang lain sedang gembira bermandi manda di muara

melambai2 aku pulang ke muara

menangguhkan pelayaran…

terkadang aku melihat dari jauh

riang dihati mereka

sedang berpesta di muara

aku berhempas pulas mengemudi kapal ini…

adakala kapal usang ini seakan terumbang ambing seakan karam

menguji apakah aku akan terus tegar berlayar,

atau terjun ke lautan

kecut akan mati bersama kapal usang yang karam..

tidak.

aku harap selamanya aku berdiri seperti hari ini

walau aku tahu

hari esok yang melambai-lambai

menantikan aku yang kecil

untuk dihidangkan derita dunia

perlayaran ini pasti akan dipukul ombak hitam sedasyatnya..

awan-awan gelap pasti menyinsing bersama..

namun,

hanya satu cahaya yang akan terbit menerangi.

****************

biar perjalanan kami berliku

tidak setenang dan seriang mereka yang di muara

kerana untuk aku lari jauh dari cahaya iman,

tidak aku sanggup.

tanpa cahaya.aku mati dalam bernyawa.

walau aku tahu selesa perlu aku lepaskan

adakala tewas mahu mencari dunia yang memuaskan.

adakala terasa sungguh hebat mereka yang bersama Rasulullah

apakah Allah memilih aku untuk terus bersama dalam perlayaran ini,

Tuhan, Kau peganglah hati ini

biar gerhana menyelubungi perlayaran,

biar taufan memukul kapal usangku,

jangan biarkan aku terjun dari medan ini…

jadikan aku insan2 yang menguatkan saf ini…

dalam hidup ini.

kunci mengenal Ilahi adalah mengenali diri.

perhatikan, Dia sebenarnya telah lama memberi ruang untuk kita kembali merenung diri.

mencari sinar dalam hidup

mulakanlah langkah..

dengan tarbiyah dariNya,

hidup lebih bermakna.

walau adakala ujian lebih kerap menimpa diri..

makin dekatiNya makin diuji

tidakkah itu tanda kasih dariNya untuk kita?

kapal usang ini terus berlayar

mencari tenaga2 ikhlas yang mencintai Illahi.

kerana teguhnya perlayaran di medan ini adalah demi menujuNya..

thabit qulubana ya Allah.