Monthly Archives: September 2012

Tentang Syiah

Standard

Bagai api dalam sekam.

Sedarkah kita apa yang berlaku pada saudara kita Ahlussunnah di SYRIA,IRAQ?Betulkah kita benar-benar ihtimam tentang mereka?Jika YA,kenapa saudara kita di Syria boleh disembelih dengan sewenang-wenangnya tanpa mengira kanak-kanak,wanita,lelaki,orang tua?Siapa yang telah menyembelih mereka?Apakah agama pegangan mereka?Dari mana mereka datang?Adakah orang yang menyembelih juga merupakan kelompok orang islam?Saudara kita juga?Jadi kita dipihak mana?Jika di Iraq,selepas kejatuhan Saddam Hussein antara(2003-2006),sudah 100,000 Ahlussunnah telah terbunuh.Siapakah yang menghalalkan darah muslim ini?SIAPA?

 

Jika di Malaysia sudah mula wujudnya puak-puak ini.Pada peringkat pertama mereka akan mengajak masyarakat kita terutama Melayu Islam kepada cintakan Nabi Muhammad & ahlul bait(terutamanya Fatimah,Ali,Hussein),kemudian mereka akan terapkan unsur2 lain seperti  pengutukan & laknat kepada sahabat2 nabi seperti Abu bakar,Umar & Ummul Mukminin yang dituduh oleh puak syiah sebagai penzina,mereka manyatakan bahawa al quran itu tidak lengkap & quran yang berada ditangan kita iaitu ahlussunnah kini merupakan 1/3 daripada quran yang syiah miliki,mereka membenci Jibril kerana mereka mendakwa Jibril telah tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad yang sepatutunya disampaikan kepada Ali & mereka menganggap juga Karbala’ lebih mulia berbanding Kaabah.

Lakaran Imam 12 Syiah.

Mengapa mereka sanggup meruntuhkan masjid di Iraq.Ingatkah kita ketika puak-puak syiah ini pernah membuat huru hara di Masjid Nabawi?Pernah mencuri Hajarul Aswad di Kaabah?Puak2-puak inilah yang mengalu-alukan kedatangan Amerika masuk ke Afghanistan&Iraq untuk membantu mereka menghapuskan Ahlussunnah di sana.

Sedar tak sedar, dakyah-dakyah mereka telah diterap masuk  sekian lama di negara kita yang tercinta.Mereka lebih suka berdakwah kepada golongan ahlussunnah yang sangat cetek pengetahuan agamanya atau mereka menarik orang-orang yang baru mahu berjinak dengan agama islam atau lelaki syiah akan cuba mengahwini perempuan Ahlussunnah.

Baru-baru ini,di mesir ana sempat berjumpa dengan beberapa wanita dari Syria,ada yang berasal dari Homs.Semasa bertanyakan khabar tentang Syria mereka hanya menyatakan (ALLAHUMMA FARRIJ)’moga ALLAH memberi jalan keluar & jalan kegembiraan kepada kami’.Bila ana bertanyakan keadaan mereka yang rata-ratanya pertama kali menjejakkan kaki di bumi Mesir ini,mereka hanya menyucapkan” Alhamdulillah”,paling lebih pun mereka menyatakan negara Mesir ini aman berbanding Syria.Ada satu keluarga ana berkenalan di dalam tramco.Ana menyedari keberadaan mereka kerana terdengar perbualan yang perkataannya lebih lembut & sedap didengari berbanding bahasa arab Mesir kerana mereka menggunakan bahasa Arab fusha.Mereka datang dari Syria & menetap di Mandarah,Iskandariah,terdiri daripada 4 orang wanita& seorang budak perempuan yang lembut wajahnya.Bila ana menanyakan nama budak itu dia menjawab namanya Aisyah.Terkedu,terasa mahu menahan sebak kerana teringatkan nasib2 saudara kita yang dibunuh semata2 nama mereka ialah Aisyah,Abu Bakr& Umar,Uthman & sahabat2 lain.Namun mereka di negara yg agak asing bagi mereka tapi tiada seorang lelaki pun dari keluarga mereka yang datang ke bumi Iskandariah ini.

JADI APA PERANAN KITA?

1-      Pernah ana mulakan perbualan dengan seorang ukhti Egyptian semasa tarawih di kuliah handasah.Apa yang ukhti ini berpesan supaya kita terus menerus mendoakan saudara2 kita di Syria terutama semasa berbuka puasa.Mulakan doa akhawat dengan doa ini.Doakan mereka dalam qunut,sujud,antara azan&iqamat,masa puasa,waktu hujan & setiap solat akhawat.

2-      Menyedarkan kawan-kawan,keluarga & masyarakat tentang bahayanya pengaruh syiah & kepentingan mengetahui isu Syria ini.

3-      Memantapkan kefahaman islam akhawat  dalam setiap aspek.Moga kita tidak goyah ketika pihak2 lain cuba untuk mengelirukan kita dengan sejarah2 yang direka-reka oleh orang2-orang syiah ini.

4-      Mempelajari sejarah-sejarah syiah.Mengapa mereka berbeza dengan Ahlussunnah,dari sudut mana mereka berbeza,apa itu taqiyyah yang mereka berpegang,mengapa mereka mengkafirkan Ahlussunnah & menghalalkan darah Ahlussunnah?

5-      Membaca artikel di page2 yang membongkar kerja2 syiah & memberi sokongan kepada pihak yang cuba memahamkan masyarakat dalam isu ini:

1-      http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

2-      http://www.facebook.com/ganyangsyiah

3-      http://ismamesir.com/v2/2012/05/syiah-hakikat-sejarah/

4-      http://www.youtube.com/watch?v=3KuwPCS0tK0&feature=relmfu (video tentang syiah)

PETIKAN AYAT UNTUK DITADABBUR:

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (al hujurat:9&10)

Menyedari perkara ini,beberapa pihak cuba untuk menyedarkan masyarakat kita tentang bahayanya syiah.Moga ALLAH memberkati usaha mereka.